suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sakit hati tugas diganti orang lain, Tok Siak bakar jemaah tengah tidur di luar masjid

Lokasi mangsa dibakar oleh bekas siak dalam kejadian Ahad lalu. -Foto Eka Fitria Lusiana

DENDAM selepas tempatnya sebagai penjaga masjid diambil alih lelaki lain menjadi punca seorang warga emas bertindak membakar mangsa ketika tidur.

Suspek berusia 65 tahun didakwa menyimbah bahan api ke tubuh mangsa sebelum menyalakan api menggunakan pemetik api dalam kejadian pada Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Sektor Gubeng, Sugarda Aditya Buwana Trenggoro pada Rabu, siasatan awal mendapati suspek berdendam selepas kedudukannya sebagai siak digantikan mangsa, Suparman, 75.

Malah, suspek turut mendakwa mangsa sering mengumpat mengenai dirinya sehingga menambahkan rasa tidak puas hati.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi di kawasan luar bangunan Masjid Istiqomah, Gubeng, Surabaya, Indonesia.

Menurut Sugarda, suspek dipercayai membeli bahan api jenis Pertalite di sebuah kedai sebelum menyimpannya untuk digunakan dalam serangan tersebut.

Mangsa yang sedang tidur ketika kejadian dijumpai oleh dua saksi yang terdengar bunyi letupan sebelum segera memberikan bantuan.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Dr Soetomo untuk mendapatkan rawatan, manakala suspek melarikan diri selepas kejadian.

Polis turut mengumpulkan keterangan saksi dan bukti termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid. -Agensi

Artikel Lain